Filled Under:

SEBARKAN!! Bahaya Letak Nama Anak Pada Penama Takaful / Insurans dan KWSP Yang Orang Ramai Tidak Tahu



#$Apabila ditanya kepada isteri saya pun, begitulah juga perasaannya. Apabila ditanyakan kepada ibu saya pun begitulah halnya.

Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima

Majlis Fatwa KebangsaanNamun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama tidak menyelesaikan masalah. Kerana, penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Penama bukanlah pemegang hak tersebut.

Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi.

Fatwa tersebut berbunyi;

Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.

Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definisi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.

Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.

Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.

Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain. Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid.

Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun, ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.

Pernah terjadi satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak. Beruntung balu berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful. Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka.

Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai usia 18 tahun. Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah. Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati.

Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun.

Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada.

Nota: Sekiranya tuan-puan masih mampu membaca tulisan ini, bermakna tuan-puan masih berpeluang untuk menukar nama penama tuan-puan sebelum tuan-puan pergi terlebih dahulu. – Biacanetwork




0 comments:

Post a Comment