Filled Under:

Air Mata Mengalir Tanpa Disedari Apabila Bayangkan Hidup Tanpa Isteri, Cara Lelaki Ini Hargai Isteri Wajar Dicontohi



Jadi di dalam hati saya, sambil menjawab isteri saya tadi, saya berkata: “Lebih baik melecur wajah(na’udzubillah), mungkin tinggal parut sedikit, berbanding mati dan meninggalkan saya. Diri ini nyata belum cukup bersedia untuk berpisah.”

Semoga kami dipisahkan dengan rasa saling mencintai
Kadang cinta itu kompleks. Sukar sebenarnya kita nak menterjemahkan sayang hanya dengan beberapa patah perkataan ringkas. Kadang, tindakan juga tidak mencukupi untuk mentafsirkan rasa cinta dan sayang kita kepada seseorang.

Ada masa saya peluk isteri saya lebih erat, ada masa sengaja saya kucup tangan & pipi Ummi Abah lebih lama, ada masa saya dukung anak saya dan usap-usap rambutnya dengan lebih perhatian bersama doa, dengan harapan dapatlah rasa cinta dan sayang saya ini dirasai juga oleh mereka.

Moga-moga tatkala kami dipisahkan di dunia ini, kami berpisah dengan rasa saling cinta mencintai.

Saya tiada harapan yang lebih besar dari saya mendapat rahmat Allah SWT dan dimasukkan ke dalam syurga, kecuali, saya berharap dikumpulkan di sana bersama semua keluarga saya.

Semoga Allah SWT meredhai kita semua.

Dunia hanya pinjaman. Kadang kita tak rasa. Tetapi jika kita benar-benar menghayati, akan nampaklah kekerdilan diri.

Lantas kepada Allah jua kita sujud mohon belas kasihan dan dirahmati.

Muhasabah.

sumber: Hilal Asyraf (Official)




0 comments:

Post a Comment