Filled Under:

Sejak 4 tahun lalu, aku tak pernah balik rumah. Yer. Rumah mak abah aku. Sebabnya? Aku kecewa. Kecewa dengan sikap mak aku. Walaupon abah banyak memujuk. Tapi aku menolak.

sekadar gambar hiasan semata-mata



"kenapa nenek macam ni? Orang buat apa pon ada ja yang tak kena". Dalam keadaan marah, kami masuk bilik, dalam 15 minit macam tu, mak aku masuk bilik aku, dia bagi RM200. Dia mintak tolong aku pergi rumah makcik aku, tumpang sementara waktu.

Ya Allah, masa tu Allah ja tahu perasaan aku, kecewa, kecewa sebab mak aku mudah sangat dengar cakap nenek aku. Sebagai anak, aku nak jugak mak aku pertahan kan aku. Tapi, mak aku tak nak jadi anak derhaka, dia turutkan jugak kehendak nenek aku.

Aku tak mampu nak cakap apa-apa. Adik perempuan aku cakap dengan mak aku, "ma sanggup kan buang anak ma tanpa selidik dulu." Dan jawapan mak aku, sangat-sangat buat aku rase lost, sampai hari ni, "takpa lah hilang anak seorang dari hilang nenek, hilang seorang ada lagi 4". Masa tu aku tak pikir ape dah. Mungkin ade salah silap aku yang mak aku pendam selame ni sampaikan dia boleh cakap macam tu. Malam tu jugak, aku kemas baju, jalan kaki p stesen bas, aku tak p rumah makcik aku, tapi aku pergi Penang. Aku tumpang rumah kawan aku, aku mintak kerja kilang, lepastu aku duduk pula dekat hostel kilang, tapi tahu ja lah, hostel kilang macam mana. Bahaya.

Lama aku kerja, bulan puasa pon aku kerja, raya pon aku kerja. Time tu aku fikir nak cari duit untuk masuk universiti. Aku dapat masuk ipta di utara Malaysia. Aku call rumah, adik aku jawab, dan aku tanya sama ada surat tawaran official dah sampai ke. Aku mintak tolong dye pos ke alamat kawan aku. Tapi dia tak pos, dia p rumah kawan aku dengan ayah aku. Masa tu aku tengah kerja lagi. Kawan aku cakap aku kerja kat mana dan duduk hostel kilang. Masa tu pertama kali aku jumpa balik abah aku, adik aku. Memang sebelum ni depa dah cari aku, tapi aku tukar number. Aku pilih jalan untuk lari.

Mula lah sesi pujuk memujuk. Aku menolak, kecewa, aku tawar hati, malas nak pikir2, aku buat keputusan, selagi mak aku tak panggil balik, selagi tu aku akan macam ni. Aku tahu mak aku seorang yang baik, sempurna bagi aku, tapi aku rase tak dihargai bile mak aku cakap, "hilang anak sorang ade lagi 4 orang."

Satu perasaan yang sangat2 sakit, perit, hari pendaftaran masuk universiti, aku pergi sorang sorang, aku uruskan semuanya sendiri. Sejak masuk universiti, aku berhenti kerja kilang, Desa ni dah jadi rumah aku, bertahun aku duduk sini, aku buat kerja part time untuk cari duit. Aku juga meniaga online nak tambah pendapatan sikit. Iye lah, internet free, hehe. Terus terang aku cakap, aku earn more than enough sampai boleh saving sebulan RM600 lah. Dan aku tak ambil PTPTN. Untuk adik adik yang tengah belajar, tapi duit tak cukup, try lah meniaga online, insyaAllah ade rezeki kamu. (Abah aku ade bankin duit tiap-tiap bln tapi aku kerja jugak untuk persediaan aku masa depan)

Tapi, ni tahun akhir aku, lepas ni tak tahu nak duduk mana pulak. Sayang rasa nak tinggal 'rumah' ni. Tempat aku berteduh, susah senang aku dekat sini. Puasa kat sini, raya dekat sini. Meriah beb. Penuh masjid time semayang raya. Tapi bile dah dewasa mcm ni, rindu dekat family, rindu dekat mak. Rindu dekat bau mak. Mak-mak ade satu bau yang wangi kan bila kita peluk cium dia.

Aku tak banyak berhubung dengan family aku. Yang aku selalu contact pon adik perempuan aku dengan abah. Dan ape yang aku tahu, kakak aku dah lama tak balik rumah, bawak diri ke negara orang, dengan alasan sambung master. Abang aku pulak dah kahwin, duduk pulak jauh dari rumah mak abah aku, memang jarang lah balik. Adik lelaki dan adik perempuan aku, dua-dua dekat UIA Kuantan. Jauh jugak dengan rumah. Adik aku cakap, sebenarnya kakak dan abang aku geram dekat mak aku sebab 'buang' aku dulu.

Dan abah aku pernah cakap, kesian ma, yang kanan ibu sendiri, yang kiri anak sendiri. Bile lebihkan yang kanan, yang kiri kecik hati, bile lebihkan yang kiri, yang kanan kecik hati. Mak aku nampak rilek je, tapi mane ade mak yang tak risau pasal anak2. Tapi itu lah, aku rase ni jalan yang baik buat aku, aku buat sebab sayang, mak aku tak jadi ank derhaka, cukup lah tu.

– -cantik




0 comments:

Post a Comment