1. Passembur
2. Rojak Ayam Goreng
3. Rojak Petis
4. Rojak Mee
KUAH PASSEMBUR
1 kg keledek oren ~ di rebus dengan air hingga empuk. Kemudian di lenyek hingga lumat.
Jika tiada keledek oren gantikan keledek putih tapi kena tambahkan pewarna oren dalam kuah nanti.
Air rebusan keledek boleh di gunakan untuk blender kledek jika inginkan keledek yang lebih halus.
Air rebusan keledek juga boleh di gunakan semasa memasak kuah nanti. Tambahkan secubit garam semasa merebus keledek
500gm udang kertas atau udang putih ~ kerana kulitnya lembut, disagai (goreng kering tanpa minyak) sehingga aroma udang kering naik. Ia juga elakan bau hamis udang yang tak menyenangkan. Kemudian udang ini dikisar halus. Jika tiada udang boleh juga guna sotong dengan kaedah yang sama, di sangai. Sebaiknya menggunakan udang kerana lebih sedap. Udang tu tak payah siang, cuci bersih dan terus sangai dengan kulit dan kepala-kepalanya sekali.
125gm kacang tanah ~ Kacang tanah digoreng tanpa minyak ( sangai) jangan sampai hitam. Kalau tak pandai goreng kering, goreng gunakan sedikit minyak. Kacang bahagi kepada dua bahagian, satu di kisar halus dan satu bahagian tumbuk kasar. Kacang ni kalau ranjin boleh buang kulit, kalau taknak buang pun tak apa.
5 hingga 8 keping biskut marrie ~ rendam dengan sedikit air hingga kembang, kemudian di kisar.
10 ~ 15 tangkai cili kering ~ kalau suka pedas boleh lebihkan. Lada kering ni di goreng dengan sedikit minyak. Boleh guna minyak lebihan goreng kacang tanah. Tapi pastikan goreng bawang merah dan bawang putih dahulu sebab lebihan goreng lada kering minyakknya akan hitam. Lepas goreng lada ini di kisar halus.
15 biji bawang merah ~ belah 4 dan goreng hingga layur kemudian di kisar halus. Boleh juga guna bawang besar dalam 3 biji, hiris dan goreng hingga layur.
3 ulas bawang putih ~ di goreng hingga layur
Bawang putih ni boleh goreng sekali dengan bawang merah. Kemudian kisar halus. Boleh campur cili, bawang merah, bawang putih dan kisar sekali hingga halus.
Bahan Lain
1 buku gula Melaka ~ ita tambah
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar asam di bancuh dengan air dan ambil jusnya
4 liter air atau secukupnya ~ boleh juga guna air rebusan keledek
Sedikit pewarna oren jika kuah kurang oren warnanya
Masukkan bahan yang di kisar ke dalam periuk atau kuali
Masukkan udang yang di kisar halus
Masukkan air secukupnya dan rebus hingga kuah mendidih
Bila kuah dan mendidih masukkan kacang tanah kisar
Masukkan keledek yang dah di lumatkan
Tambahkan pewarna jika kurang oren warnanya
Masukkan juga air asam jawa
Masukkan juga gula Melaka yang di hiris
Perasakan dengan garam dan juga gula.
Kuah pesembur ni manis, jadi lebihkan gula dan rasakan secukup rasa
Akhir sekali masukkan biskut marrie yang telah di kisar
Biarkan dan renihkan kuah hingga sedikit pekat
Kuah ni kalau dah sejuk dia lagi pekat tau.. jadi kena agak-agak lah kepekatannya.
Kuah pesembur dah pun siap. Pesembur ini di makan bersama:
Cucur Pesembur
Tahu yang di goreng dan potong dadu
Kentang ~ direbus kemudian di celupkan di dalam bancuhan tepung beras bersama garam dan sedikit air kemudian di goreng. Potong baji
Sengkuang ~ yang di hiris mancis
Timun ~ di hiris mancis
Daun salat secukupnya
Kuah pesembur
ROJAK AYAM GORENG
Bahan Kuah
10 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
100 gm cili kering - rendam air panas hingga lembut dan kisar
1/2 cwn air asam jawa
300 gm kacang tanah
2 sudu besar kicap manis
garam secukup rasa
2 senduk gula
1 buku gula melaka - ita tambah
air secukupnya
1 kiub ikan bilis - ita tambah
2 sudu besar Planta
Kacang tanah di goreng tampa minyak, buang kulit dan kisar halus
Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak.
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum
Masukkan lada kering dan tumis hingga naik minyak dan garing.
Masukkan air asam jawa, gula melaka, kiub ikan, garam dan gula.
Masak hingga kuah pekat.
Masukkan kicap dan tambah air jika terlalu pekat
Bila kuah dah didih masukkan kacang tanah kacau rata
Tambahkan planta supaya kuah kelihatan sedikit berkilat
Bahan-bahan yg dimakan bersama rojak ayam
Mee kuning
Timun diracik halus
Tauhu - digoreng
Ayam - di goreng dan dipotong atau disiat2
ubi kentang digoreng - ala.. yg ni ita terlupa nak letak
Telur di rebus
Cucur Udang
2 sudu besar petis
1½-2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar gula hitam ~ gula merah atau gula Melaka
cili kisar ~ ikut kepedasan masing²
sedikit belacan yg dibakar
sedikit air asam pekat
garam jika perlu
kacang tanah ~ digoreng dan ditumbuk kasar
Masukkan petis, cili kisar, gula pasir, gula hitam dlm sebuah bekas.
Kacau hingga gula pasir hancur.
Setelah gula hancur, tambahkan air asam.
Kacau rata.
Masukkan sedikit kacang dan digaul lagi.
Hiris bahan timun, nenas, sengkuang, tauhu ke dalam bahan kuah tadi.
Gaul rata.
Tambahkan taugeh dan kangkung.
Taburkan kacang tumbuk dan sedia dinikmati
5 biji kentang - dihiris, digoreng dan dikisar halus
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
1 inc halia
1 inc belacan
1 cawan udang kering - direndam
1 cawan air asam jawa
3 sudu besar kacang tanah - ditumbuk
1 buku gula melaka - dicairkan
garam dan gula secukup rasa
Kentang dikupas kulitnya, dihiris, digoreng dan di blend halus.
Bawang merah, bawang putih, cili kering, halia, belacan dan udang kering dikisar halus. Kemudian ditumis sampai harum dan garing. Kemudian masukkan kentang yamg telah diblend tadi. Biar seketika. Masukkan air asam jawa dan air gula melaka biar ia masak dan didih. Akhir sekali masukkan garam, gula dan kacang tanah. Rasakan masam,manis dan lemaknyer.
Rojak mee ni juga dimakan bersama jemput2 udang, taugeh yg telah dicelur, sengkuang dihiris, timun dihiris, tauhu goreng, telur rebus, kentang yg digoreng dadu dan mee kuning yg dicelur. Kalau tak suka mee kuning boleh juga digantikan dgn spagetti.
0 comments:
Post a Comment