Filled Under:

Wanita ini kongsikan pengalaman melahirkan anak luar nikah di bath tub sendirian hasil bacaan di internet tanpa pengetahuan mak dan ayah

@#Oleh kerana takut diketahui sesiapa, dia sanggup merahsiakan kandungan , tidak menjalani pemeriksaan kesihatan ibu mengandung dan melahirkan anak sendirian di dalam bilik air.

Benar benar home birth apabila melahirkan anak sendirian di rumah. 9 bulan mengandung, tinggal serumah dengan ibu bapa dan adik beradik lain, tapi tidak seorang pun menyedari kehamilannya. Dia menanggung kepayahan menyembunyikan kehamilan daripada diketahui oleh ahli keluarga.

Tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan ibu mengandung. Sehingga subuh itu, dalam pukul 1.00 pagi dia mula merasai contraction. Duduk sendiri di dalam bilik menanggung kesakitan. Hinggalah pukul 7.00 pagi apabila seluruh ahli keluarga, emak ayah keluar bekerja, adik adik ke sekolah, dikunci semua pintu, tingkap di tutup seseolah rumah tidak berpenghuni. Pada malam sebelumnya, dia sudah pamit kepada emak ayah menyatakan akan menghadiri kursus selama seminggu di suatu tempat dan akan pergi pada hari itu.

Setelah semua tiada di rumah, dia masuk ke bilik air. Dimasukkan air ke dalam bath tub, kemudian terus dia melahirkan anak di dalam bath tub sendirian. Anak lelaki seberat 3.2 kg lahir di dalam air. Segera dicapai, dipeluk dan dibungkus dengan kain. Kemudian baru uri dikeluarkan. Setelah itu, dia sendiri memotong tali pusat bayi.

Setengah jam kemudian baru dia memberitahu kawannya. Kawannya datang bersama dua orang lagi teman yang tahu akan kehamilannya. Mereka membantu membersih dan mengemaskan kesan kesan suatu kelahiran telah berlaku di dalam rumah itu. Jam 10.00 pagi dia keluar bersama sama kawan kawan ke tempat penginapan lain. Uri ditanam ditempat itu.

Apabila emak ayah pulang ke rumah, memang tidak ada tanda tanda ditinggalkan. Emak ayah menyangka anak telah pergi ke tempat berkursus.

Enam hari dia bersama anaknya, membawa ke klinik swasta untuk imunisasi bcg dan hepatitis B dos pertama. Anak disusukan sendiri. Kemudian dengan pertolongan kawan kawan, dia menemui sepasang suami isteri yang belum mempunyai anak dan menitipkan anaknya kepada mereka.

Genap seminggu, dia pun pulang ke rumah seseolah baru balik kursus. Macam orang lain balik kursus, pucat, berasa letih , mengantuk dan tidak bermaya. Jadi emak ayah tidak mengesyaki apa apa. Masa berjalan, dia boleh melihat anaknya bila bila masa walaupun anaknya dipelihara oleh orang lain.

Ibu ini tidak buang bayi, tidak beranak ditepi jalan atau dalam belukar. Dia masih ada tempat untuk merujuk walaupun melalui internet untuk belajar cara cara melahirkan secara alami dan cara memotong tali pusat bayi.

Namun...

Agak agak apa masalah yang dihadapi sekarang ini?

DAFTAR KELAHIRAN

Masalah yang dia hadapi sekarang ini ialah mendaftarkan kelahiran anaknya. Dia tidak mempunyai sebarang dokumen sokongan untuk mengesahkan kelahiran anaknya kecuali dia ada 3 orang saksi yang mengetahui dia telah melahirkan anak pada tarikh, masa, hari dan tempat tertentu.

Dia perlu membuat pendaftaran kelahiran anaknya walaupun telah lewat 4 bulan. Sejak lepas melahirkan anak, dia buntu untuk melakukan urusan pendaftaran sijil kelahiran sehingga dia membaca tulisan saya di facebook tentang urusan daftar lewat kelahiran.

Dia sanggup datang bertemu dan bercerita. Saya tunjukkan jalannya berdasarkan pengalaman yang telah saya lalui. Walaupun tidak ada sebarang rekod, dia ada saksi yang sanggup membuat pengakuan bersumpah. Pengakuan bersumpah ini direkodkan, kemudian akan menjadi saksi di dalam temubual dengan pegawai JPN. InsyaAllah, jika segala borang borang dilengkapkan, sijil kelahiran pendaftaran lewat tetap akan diperolehi walaupun mengambil masa yang lama.

Itu sebab saya suka kongsikan pengalaman yang saya lalui. Kerana ramai orang mempunyai masalah tetapi tidak tahu bagaimana mahu memula dan menguruskan. Pengalaman juga adalah ilmu. Biar pun cuma satu orang telah mempraktikan, ia adalah ilmu yang bermanafaat. Ilmu yang digunakan. Ada orang buntu, tidak tahu bagaimana untuk bertanya, maka apabila telah membaca pengalaman orang lain, barulah dia nampak jalan keluar masalah yang sedang dia hadapi.

Dan ini pentingnya menulis pengalaman supaya boleh menjadi rujukan pihak yang malu memperkenalkan diri, malu bertemu...mereka masih waras, tidak bingung, cuma buntu...

Jadi salahkah kita berkongsi cerita tanpa mendedahkan identiti seseorang?

Alhamdulillah...

Disalin semula daripada facebook Baitus Solehah

sumber asal




1 comments:

  1. Salam...saya Dr shah Alam...13 thn kwin,mncari baby xkisah taraf n jantina...WhatsApp 0198234285

    ReplyDelete