Filled Under:
MENGEJUTKAN!! Maksud Disebalik Nombor 786 Yang Selalu Ada Di Papan Tanda Kedai Mamak
Posted By:
mediasiber
on 08:39
Bid’ah Angka 786 Menggantikan Basmalah.
Dalam ibadah dan urusan agama Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam adalah sebaik-baik ikutan dan panduan.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). [al-Ahzab 33:21]
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Ali Imran 3:31]
Kita dilarang menambah-nambah atau mereka-reka sesuatu yang tak diperkenalkan Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam dalam urusan agama kerana setiap bid'ah yang melibatkan ibadah dan urusan agama adalah terlarang.
Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam bersabda:
Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat. [2]
Dalam satu lagi hadis yang hampir serupa dijelaskan lagi:
dan setiap kesesatan itu tempatnya kelak di dalam neraka. [3]
من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو ر
Barangsiapa siapa yang mengamalkan sesuatu perkara yang bukan mengenai perkara kami [e.g. Islam], akan ditolak [4]
Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam bersabda:
Sesungguhnya aku hanyalah manusia, apabila aku memerintahkan kalian sesuatu berkenaan agama kalian maka berpeganglah kalian dengannya dan apabila aku memerintahkan kamu sesuatu daripada pandangan persendirian maka aku hanyalah seorang manusia. [5]
Dan berkata Ibnu Mas'ud :
"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"
Seperti kita kekal maklum Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam tak pernah pun menggantikan kalimah Basmalah dengan apa-apa nombor. Begitu juga generasi salaf. andai ianya baik sudah tentu diperjelaskan penggunaan nombor pengganti kalimah Basmalah. Penjelasan bahawa kalimah tersebut diganti kerana nak memelihara kesuciannya (ditulis di kertas-kertas, disentuh orang bukan Islam etc.) adalah tidak masuk akal kerana kalau benar mengapa Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam sebagai contoh tauladan kita masih mengutuskan surat mengandungi ayat Quran pada surat baginda buat Heraclius.[2] Tidakkah baginda risau akan ayat Quran yang diutuskan pada bukan Muslim?
"Nombor 786 tetap bermakna 786 dan tiada lebih dari itu. Apabila Allah swt atau Nabi saw mengajar kita sesuatu, mereka melakukan dengan cara yang paling jelas, jauh dari teka-teki dan nombor-nombor misteri. Semua usaha yang dilakukan oleh orang-orang Islam bagi mengira huruf dan menhubungkannya dengan nombor tiadalah apa didalamnya tetapi membazir masa. Adakala mereka melakukan dengan tujuan baik bagi menunjukkan agama kita hebat. Sesungguhnya agama amat hebat, dan ia tidak memerlukan cara yang salah ini". [6]
Fatwa negeri Johor Darul Takzim
Keputusan fatwa negeri Johor Darul Takzim mengenai Hukum mempercayai dan menyakini bahawa angka 786 adalah bermaksud Bismillahi Rahmani Rahim menyatakan yang ianya adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah dalam syariah serta akhlak Islam.
Juga dinyatakan perbuatan ini juga termasuk didalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Qur’an mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya dan tidak mendapat hidayah Allah S.W.T. Semua diminta untuk menghentikan kepercayaan dan penggunaannya serta merta. [7]
Kesimpulan
Dalam setiap urusan agama hendaklah berpandukan sumber Al-Quran dan Hadis yang Sahih. Mengantikan ayat-ayat suci dengan angka-angka nyata tak membawa apa-apa makna dan faedah malah dalam pngkhususan hukum bacaan Al-Quran pembaca yang hanya menyebut angka-angka tidak memperolehi apa-apa manfaat dari bacaannya. Setiap kali muncul sesuatu yang dirasakan aneh rujuklah dari mana sumbernya kerana musuh-musuh Islam dan Dajjal-Dajjal sentiasa berusaha menyesatkan pemahaman umat Islam. Agama yang dibawa Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam adalah syumul dan tak perlu lagi tokok tambah perkara yang sia-sia dalam urusannya.
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi Deen bagimu.[Al-Maidah 5:3]
Wallahua’lam
alFaisal
Cyberjaya
22 Ogos 2005
-------------------------------------------------------------------------------
[1] 2. Dr. Muzammil H. Siddiqi. Can the Number "786" Substitute for the Basmallah? url :http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=78709
[2] Diriwayatkan oleh Saidina Irbadh Bin Sariah (r.a) , sbg mana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud di dalam sunannya, Kitab As-Sunnah, Bab Luzum As-Sunnah, Hadis 4596, at-Tirmizi (no. 2676). Disahihkan Ibn Hajr di dalam Takhreej Ahaadeeth Ibn ul-Haajib (1/137).
[3] Diriwayatkan oleh an-Nasaa'ee (1/224) dari Jaabir bin Abdullaah dan disahkan sahih oleh Shaikh ul-Islam Ibn Taymiyyah in Majmu' al-Fatawa (3/58).
[4] Riwayat Muslim 1718, dari hadith A'isyah (r.h).
[5] Hadis dari Rafi bin Khadji radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Muslim, lihat Sahih Muslim – no: 2362. (Kitab al-Fadail, Bab Kewajipan Mengikuti Rasulullah dalam Urusan Agama dan Bebas Mengikut Fikiran Sendiri dalam Urusan Lain). Terdapat juga hadis senada dari Musa bin Talha radiallahu-anhu, Sahih Muslim – no:2361.
[2] Rujuk
surat
baginda pada Heraclius dalam Sohih Bukhari, Volume 1, Book 1, Number 6
[6] 1. Shikeh Muhammad Salih Al-Munajjid. The number 786 means 786 and nothing more url :http://63.175.194.25/index.php?ln=eng&ds=qa&lv=browse&QR=259&dgn=3
[7] Fatwa Negeri Johor Darul Takzim http://ii.islam.gov.my/e-fatwa/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=410
sumber asal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment