Filled Under:

#Politik : Najib Razak, penerima sedekah nombor satu dunia



#$Selalunya orang miskin sahaja yang menerima sedekah, tapi orang yang gaya hidup sudah kaya-raya pun masih boleh menerima belas kasihan berbentuk hadiah sebanyak berbillion-billion ringgit dari sumber yang kita tidak ketahui.

Peguam Negara berkata ianya dari keluarga diraja Arab Saudi dan tidak menjadi kesalahan untuk Perdana Menteri menjadi billonaire segera dalam sekelip mata akibat dari penerimaan sedekah.

Ibarat pengurus pasukan bolasepak yang memecat pengadil dan kemudiannya melantik pengadil pilihan sendiri, Najib Razak telah berterima kasih dan memuji tindakan Peguam Negara kerana berkata demikan.

Sekarang ini sudah tidak perlu lagi menggunakan angka yang spesifik seperti RM2,600 juta atau RM42 juta kerana amaunnya disyaki adalah lebih daripada itu.

Walaupun pada mulanya dia menipu rakyat Malaysia dengan berkata bahawa berita wang berbillion-billion dimasukkan ke dalam akaun peribadinya adalah tidak benar, cerita pasal sedekah dari Timur Tengah hanya bermula kira kira sebulan selepas cerita itu terbongkar.

Apabila para penipu cuba membuat penipuan baru, maka bermulalah episod kelakar di dalam sejarah tanahair apabila kepimpinan Malaysia diketawakan rakyat. Antara penipuan yang dilontarkan kepada kita semua berbunyi:

“Adakah betul Najib terima wang berbillion-billion ke dalam akaun peribadi?”

Jawapan 1 : (Diam)
Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud.
Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap.
Jawapan 4 : SWIFT Code di dalam dokumen WSJ adalah tidak benar
Jawapan 5 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.
Jawapan 6 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.
Jawapan 7 : Saya akan saman WSJ pada hari Selasa.
Jawapan 8 : Najib tidak jadi saman WSJ kerana dia tidak terkenal di Amerika Syarikat
Jawapan 9 : Adalah bodoh jika Najib Razak guna akaun peribadi sendiri untuk terima wang
Jawapan 10 : RM2.6 billion itu tidak wujud.
Jawapan 11 : RM2.6 billion itu adalah derma
Jawapan 12 : Akaun peribadi Najib sebenarnya adalah akaun amanah atas nama Umno
Jawapan 13 : Lebih baik Najib pegang wang dalam akaun peribadi dari dipegang oleh proksi
Jawapan 14 : Penderma RM2.6 billion itu adalah adalah dari Timur Tengah
Jawapan 15 : Sedekah RM2.6 billion datang dari penyokong-penyokong Umno
Jawapan 16 : Najib berhak untuk merahsiakan derma kerana ianya untuk akaun peribadi
Jawapan 17 : Duit derma lebih selamat di dalam akaun peribadi Perdana Menteri
Jawapan 18 : Ahli-ahli Umno memang dah lama setuju wang sumbangan boleh masuk ke dalam akaun peribadi Presiden
Jawapan 19 : Duit itu guna untuk pilihanraya dan kerja kebajikan
Jawapan 20 : Duit itu guna untuk melawan ISIS
Jawapan 21 : Duit itu guna untuk melawan DAP dan YAHUDI
Jawapan 22 : Duit itu guna untuk melawan Muslim Brotherhood
Jawapan 23 : Duit itu sebagai tanda terima kasih kerana Malaysia berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jawapan 24 : Duit itu bukan duit rakyat, jangan dengki dengan rezeki seseorang
Jawapan 25 : BERSIH dan pembangkang juga menerima duit derma dan perlu isytiharkan penderma mereka
Jawapan 26 : Jangan ganggu pentadbiran Najib, zaman Tun Mahathir sudah berlalu
Jawapan 27 : Dulu Tun Mahathir pun mesti dapat derma dalam akaun peribadi untuk pilihanraya
Jawapan 28 : Bank Negara sudah lama tahu, dan saya tidak melakukan apa apa kesalahan
Jawapan 29 : Ada ramai penderma, bukan seorang penderma
Jawapan 30 : Zahid Hamidi jumpa wakil-wakil penderma
Jawapan 31 : Saya telah membelanjakan kesemua RM 2.6 billion untuk kegunaan Umno
Jawapan 32 : Henti kan fitnah. Saya tidak pernah menyoal Pak Lah bagaimana dia cari duit untuk pilihanraya
Jawapan 33 : Menuduh Najib adalah sama seperti menyerang umat Islam Malaysia
Jawapan 34 : Walaupun saya telah memecat ramai orang, saya berjiwa besar
Jawapan 35 : Jangan persoal cara Najib Razak memerintah. Dia perintah mengikut sunnah Nabi
Jawapan 36 : SPRM jumpa penderma tunggal, bukan lebih dari seorang
Jawapan 37 : Raja Arab sebelum meninggal memberi sedekah RM2.6 billion kepada Najib
Jawapan 38 : RM 2.03 billion telah di pulangkan kembali kepada Raja Arab sebab tak habis digunakan
Jawapan 39 : Derma sedekah itu adalah hal peribadi antara Najib dan Raja Arab
Jawapan 40 : Tiada kesalahan jenayah di lakukan oleh PM. Minta SPRM mengugurkan kertas siasatan dan kes di tutup kerana tiada fakta jelas dan tiada bukti.

Para pembaca budiman boleh tambah lagi jika ada penipuan yang tidak disenaraikan di atas.

Hanya yang termakan pil bodoh sahaja yang mempercayai segala penipuan tersebut. Amat malang ada juga cerdik pandai yang turut sama mereka-reka cerita tidak masuk akal untuk mewajarkan Najib menerima sedekah sebanyak itu ke dalam akaun peribadinya. Selepas mereka-reka cerita, mereka mempercayai penipuan yang telah dicipta sendiri.

Sebenarnya, rakyat Malaysia sudah boleh mengagak dari mana datangnya wang berbillion-billion tersebut. Dan ianya sudah pasti bukannya datang dari Raja Arab.

Raja Arab tidak mungkin memasukkan wang USD681 juta melalui pelbagai saluran dan secara berperingkat melalui pelbagai syarikat. Mula mula dimasukkan USD620 juta, kemudian dimasukkan USD61 juta. Dan mengapa angka 681 yang dipilih? Mengapa bukan genap 700? Atau genap 650?

Dan mengapa Raja Arab memberi sedekah berjuta juta ke akaun peribadi Najib Razak melalui SRC International?

1MDB-Scandal-How-Prime-Minister-Najib-Razak-Becomes-Billionaire
Para pengampu dan tukang cari makan tidak perlulah menipu diri sendiri. Memalukan sahaja.
Najib Razak sekarang sedang diperolokkan serata dunia. Ini terjadi akibat angkara beliau sendiri. Kita sudah lama menasihati beliau supaya berhenti dan meletakkan jawatan sejak bulan Mei 2015 yang lalu. Tetapi sifatnya yang bongkak, tamak, penakut dan tidak mahu mendengar nasihat telah mengheret nama baik Malaysia ke dalam tong sampah.
Orang macam ini tidak layak terima ‘sedekah amal jariah’ dari sesiapa pun di atas muka bumi ini.
Anda juga pasti ingin membaca:






0 comments:

Post a Comment