Filled Under:
#Sedih : "Buku lupa bawak cikgu"
Posted By:
mediasiber
on 01:30
$%Nama Ipeng tahun 1 Bestari.. Dijaga oleh nenek setelah kematian emaknya.. Bapanya hilang tanpa khabar berita setelah kematian isterinya.. Ketika mengajar diminta keluar buku teks tapi Ipeng cakap dia lupa bawak.. Aku maafkan.. Esok diminta perkara yg sama dan dia cakap lupa bawak walhal sudah aku pesan bawak buku hari-hari..Aku mula rasa mahu marah..tergerak hatiku mahu cek beg Ipeng nie dan bila aku mahu cek begnya Ya Allah, beg lusuh yang hampir koyak di pakai Ipeng..hanya 1 buku yang hanya mampu d bawa Ipeng selama 2 hari persekolahnya.. Kalo bawak lebih dari 1 buku kompem akan teruk koyakkan begnya dan tak boleh di pakai lagi..Ipeng,bila lagi kamu pkai beg nie?tanya ku.. Masa tadika Kemas lagi sir.. Means 2 tahun suda dia pakai beg nie.. Aku cuba menyelami kisahnya..lagi sedih..
Neneknye dahulu kerja tukang sapu sampah..tak lama diberhentikan dan tiada kerja untuk menyara cucu-cucunya..mula hari persekolahan,Ipeng meminta duit belanja tapi neneknya tiada wang untuk Ipeng sebab abang Ipeng perlu duit belanja rm2 sehari sekurangnya untuk tambang ke sekolah pergi dan balik tanpa makan..syukurlah sekolahku semua murid berhak dapat makan RMT secara percuma tapi naluri seorang budak bila tgk kawan-kawannya membeli,dia pon mahu membeli..Bila dia sedar dia tiada duit,lepas makan RMT berkeliaran la dia bermain dan berlari sama kawan yang lain sehingga masa rehat tamat supaya perasaan membeli itu tiada.. Aku panggilnya dan hulurkan duit sedikit dan terus ke kantin untuk membeli bersama rakan yang lain..dia beli kerepok 30sen jep..aku tanya kenapa x beli Apollo tu?kan banyak lagi duit tu? Kerepok nie pon da cukup cikgu, simpan untuk esok lagi katanya..dalam hatiku hanya Allah tahu tapi aku buat cool.. Aku pesannya samanya.. Ipeng jangan mintak duit sama nenek lagi ya,jangan mintak nenek belikan beg baru ya..
Nanti kita sama-sama cari beg baru ya Ipeng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment