Filled Under:

#Tips : Ramai Yang Main Hentam Saja...Tuang Air Panas Dulu, Cara Salah Bancuh Susu Anak!


^Para ibu memang disaran memberi susu ibu kepada bayi, ia memang susu terbaik. Namun tak semua yang bergelar mama dapat melakukannya. Atas faktor-faktor tertentu susu formula terpaksa dijadi pengganti. Dah tentu khasiatnya tidak setanding susu ibu, dan menjadi lebih malang ramai ibu bapa yang salah membancuh susu formula hingga menyebabkan zat atau nutrisi dalam susu hilang.


Bagaimana anda membancuh susu formula? Selalunya cara di bawah ini;
  1. Masukkan susu formula yang disukat dalam botol.
  2. Tuang air panas.
  3. Selebihnya tuang air masak yang sejuk.
  4. Goncang sehingga sebati
  5. Rasa suhu sebelum diberi minum.

Sebenarnya langkah-langkah di atas adalah salah! Kenapa ? Ini kerana air panas dengan suhu lebih 70 darjah Celsius jika dicampur dengan susu formula akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu tersebut. Malah air yang terlampau panas juga akan bertindak balas dengan botol susu jika botol bukan bebas BPA yang mana   pengewapan yang berlaku mungkin akan membebaskan bahan kimia ( material botol susu) itu. 
Adalah sangat merugikan jika anak yang diberi minum susu formula apatah lagi yang mahal tapi tidak mendapat apa-apa khasiat. Oleh itu ada baiknya kita membaca dahulu langkah-langkah penyediaan susu formula seperti yang terdapat pada label kemasan agar nutrisi-nutrisi dapat diserap dengan elok.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/71215/baby-drinking-bottle.jpg

Langkah-langkah yang betul untuk penyediaan susu si manja :-
  1. Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.
  2. kemudian tuangkan  sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam. Contoh sukatan : 4 oz air masak , 1 oz air panas untuk susu 5oz
  3. Tambah susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.
  4. Tutup botol. dan goncangkan sehingga larut dan sebati.
  5. Uji suhu dengan menuang botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/71215/types-of-infant-formula_171x200_141522707.jpg
Disertakan juga langkah membancuh susu yang dipetik dari laman web kementerian terbabit.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/71215/step1.jpg
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/71215/step2%20baru.jpg
INFO
  • Mungkin masih ada cara-cara lain untuk membancuh susu yang betul , tetapi tujuannya adalah sama untuk pastikan susu tidak kehilangan nutrien.
  • Jangan menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave) untuk menyediakan atau memanas semula susu. Pemanasan ketuhar gelombang mikro yang tidak sekata boleh menyebabkan 'titik panas’ (hot spots) di dalam susu. Keadaan ini akan menyebabkan mulut bayi melecur.


Sumber: Blog butiksihatcomel.blogsot.com




1 comments:

  1. mmg bangag bg siapa yg masuk susu dulu..maybe dia kaya kot..klu suhu air xbetol susu tu boleh rosak..walaupon saya xdak anak..saya pon tau gak,sbb jaga ank menakan..n pernah jaga nursery..dulu abg ipar ckp kat saya tuang air panas pastu boh susu..saya n mak gelak sakan..bila budak tu nk minum(sbb air panas)..dia xbagi boh air suam..dia ngat kami xdak eksperiance kot..pastu br dia paham knp kena jaga suhu air..so dengaq cara ni dan jgn bazir susu ank anda..hehe..maaf klu silap..

    ReplyDelete