Filled Under:

Tempatan : Murid Tahun 1 maut jatuh dalam lubang kumbahan

LOKASI kejadian seorang murid Tahun Satu maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di belakang Sekolah Rendah Agama Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai, Jasin, petang tadi. - Foto Mohd Hilmie Hussin JASIN: Seorang murid Tahun Satu maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di belakang Sekolah Rendah Agama Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai, di sini, petang tadi. Raja Nur Nazwa Ariana Raja Mohd Shahronizam, 7, sebelum itu dilihat bermain bersama beberapa rakannya ketika waktu rehat, kira-kira jam 4.45 petang apabila dikatakan terjatuh ke dalam lubang itu bersama seorang murid lelaki. Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki itu terselamat selepas dikatakan sempat berpaut pada batang paip di dalam lubang sedalam 3.6 meter itu. Tinjauan BH mendapati lubang itu hanya ditutup dengan bahan diperbuat daripada bekas gentian kaca. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Masri Ibrahim, berkata sepasukan lapan anggotanya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan jam 4.53 petang. "Ada empat lubang kumbahan yang dihubungkan dalam satu tangki besar dipenuhi air sedalam 3.6 meter. Sebaik operasi menyedut air selesai, anggota bomba masuk ke dalam tangki itu dan menemui mangsa dalam tempoh kurang seminit. "Kanak-kanak itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan dari Klinik Kesihatan Merlimau di tempat kejadian. Mayat dihantar ke Hospital Muar untuk bedah siasat," katanya. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Sampornak Ismail, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/120224?m=1




0 comments:

Post a Comment