Filled Under:

25ribu mahasiswa tiada duit untuk makan? Oh GST!



SHAH ALAM - Satu tinjauan bebas yang dijalankan oleh Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) baru-baru ini mendapati serama 74 peratus atau 18,675 mahasiswa mengakui pernah berada dalam situasi tidak berduit untuk makan.

Tinjaun terbabit yang dijalankan dari 24 Disember hingga 28 Disember itu melibatkan 25,632 borang kaji selidik yang dihantar oleh MVM melalui emel ke beberapa universiti terpilih.

"Apa yang mengejutkan, kami mendapat respon yang begitu pantas, enam buah universiti telah memberi respon tertinggi iaitu, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)," jelas Presiden MVM, Muhammad Jantan sebagaimana lapor Sinar Online.

Muhammad juga berkata, lebih mengejutkan apabila searma 44 peratus iaitu 11,120 mahasiswa didapati hanya memakan nasi bujang kerana masalah kewangan.

"Manakala 41 peratus atau 10,439 mahasiswa hanya makan mee segera dan sebanyak 57 peratus atau 14,458 mahasiswa hanya memperuntukan RM5 setiap hari untuk makan," katanya.



Selain dari itu, Muhammad juga berharap agar hasil dari tinjauan ini tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak demi kepentingan peribadi mereka sendiri.

"Disebabkan banyak pihak mempermaikan isu ini, jadi pihak MVM terpanggil, untuk mencari jalan penyelesaian daripada semua pihak, tidak kisah dari parti politik mahupun NGO, untuk merancang bagi menangani isu ini.

"Oleh itu kita ingin menegaskan, pihak MVM bukan mahu mencetus masalah, tetapi mencari cara, dan tindakan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi  mahasiswa," katanya.




0 comments:

Post a Comment