Filled Under:
Kisah peribadi Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz & Akaun giro
Posted By:
infotrending
on 00:16
Kebiasaannya, apabila seseorang itu memegang jawatan besar, duitnya pun 'besar' dan sepatutnya tak ada masalah dengan kewangan.
Namun apa yang diceritakan oleh Sunarti Kibat, seorang bekas wartawan Utusan Malaysia, mengisahkan perkara berbeza yang berlaku pada bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Tok Guru Nik Aziz.
Dipetik laporan dari portal Harakah, Sunarti memberitahu satu kisah yang melibatkan beliau dan Abe Loh, seorang pemandu merangkap rakan dengan Almarhum Nik Aziz.
Sunarti menceritakan satu pengalaman luar biasanya apabila dia terserempak dengan kereta rasmi Tok Guru yang diletakkan di luar bangunan untuk mengeluarkan duit dari mesin ATM.
"Pengalaman luar biasa berlaku apabila saya terserempak kereta rasmi Tok Guru yang sedang diletakkan di luar sebuah bangunan di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Saya lupa akan nama bangunan tersebut. Tetapi yang masih ingat di situ ada mesin ATM GIRO.
"Kebetulan pada masa yang sama, saya ke sana kerana ingin mengeluarkan sejumlah wang. Kalau tidak salah pada waktu itu gaji belum masuk. Rupa-rupanya Abe Loh juga ingin mengeluarkan wang. Disebabkan hanya kami berdua sahaja yang ingin melakukan urusan tersebut maka sempatlah untuk saya bertanya khabar.
"Saya beri peluang kepada Abe Loh untuk mengeluarkan wang terlebih dahulu manakala saya berdiri di belakangnya. Tidak berapa lama Abe Loh menoleh ke arah saya sambil tersenyum dan menyuruh saya mengambil giliran. Saya perasan beliau tidak mengeluarkan wang daripada mesin itu. Dia kemudian terus membuat panggilan kepada seseorang.
"Selesai urusan saya, sempat kami berbual seketika, Rupa-rupanya Abe Loh diamanahkan untuk mengeluarkan sejumlah wang oleh Tok Guru daripada akaun Gironya untuk dikirimkan pada salah seorang anaknya yang sedang belajar di luar negara. Kalau tidak salah saya, anaknya itu adalah Nik Mohamad Abduh.
Apa yang lebih mengharukan, jumlah yang diperlukan bukanlah sampai beribu-ribu tapi baki di dalam akaun bank Almarhum tidak mencukupi.
"Jumlah yang diperlukan bukanlah banyak mana pun. Hanya lebih kurang jumlah yang saya belanjakan untuk beli susu jenis Bebelac untuk anak saya, Muhammad Alif Ameer yang berusia 4 tahun pada ketika itu. Tidak sampai pun RM 400.
"Duit tak cukup..." Kata Abe Loh spontan lalu tersenyum.
"Tok Guru royat(cakap) gapo(apa) tadi bila tahu pitih(duit) tak cukup...?" soal saya.
"Semula(Lain kali).... Tunggu gaji." kata Abe Loh.
Jawapan ini membuatkan Sunarti merasa terkejut dimana biarpun Almarhum seorang yang berstatus Menteri Besar pada ketika itu tetapi terpaksa menunggu wang gaji untuk menghantar belanja kepada anaknya.
Mengakhiri kisah tersebut, Sunarti berkata selepas peristiwa itu, dia tidak lagi susah hati jika tidak ada duit untuk berbelanja.
"Atas sebab inilah, saya tidak pernah susah hati jika tidak ada duit untuk berbelanja. Ini kerana saya sudah menjumpai insan hebat hafal al-Quran pun pernah tidak berduit.
"Setakat saya ini, yang hanya hafal beberapa ayat-ayat lazim, itupun yang pendek-pendek, apa nak dihairankan kalau ALLAH bagi rezeki sedikit. Yang peliknya, ada orang yang mempunyai duit berjuta-juta tetapi masih lagi berasa tidak cukup. Maka bersyukurlah.",katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment