Filled Under:

TERKINI : Paip Kumbahan di sekitar KL pecah menyebabkan banji....


Pihak Majlis Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) Hari ini menafikan baberapa keping gambar kononnya paip kumbahan di Jalan Raja Laut di sini, pecah seperti yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook sejak pagi tadi

Menurut DBKL, air berwarna kuning seperti di dalam gambar yang diviralkan tersebut sebenarnya telah diubahsuai dengan menukar warnanya.


Menurut jurucakap DBKL yang merangkap Pengarah Eksekutif Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan DBKL Datuk Tan Keng Chok berkata maklumat palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu, mengelirukan orang ramai.

"Hasil tinjauan pegawai kami di sekitar Jalan Raja Laut dan kawasan berhampiran selepas menerima maklumat berkenaan, mendapati tidak berlaku kejadian paip kumbahan pecah,"katanya dipetik laporan Bernama.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan gambar yang disebarkan tersebut adalah gambar insiden paip Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang bocor di Jalan Raja Laut pada 22 Dis lepas yang telah pun dibaik pulih.

Oleh yang demikian, beliau menggesa orang ramai menghentikan penyebaran maklumat palsu itu.





0 comments:

Post a Comment