Filled Under:

Fynn Jamal bergaduh sebab sambal?!

Penyanyi lagu popular, Arjuna Beta, kini sekali lagi menjadi bualan netizens apabila kisahnya dan "Ibu Sambal" tersebar secara meluas.

Semuanya bermula apabila satu keratan perbualan Whatsapp menjadi viral.

Melalui perbualan Whatsapp itu, difahamkan seorang individu mendakwa Fynn Jamal meniru produknya yang bernama Ibu Sambal.

"Hari tu ada jumpa kak Fynn. Saya beritahu dia pasal produk saya. Lepas tu Kak Fyn cakap dia nak try sampel", tulis individu di dalam perbualan tersebut yang kemudiannya berkata dia memberi sampel untuk Fynn Jamal.

"Tup2 saya tau dia buat sambal produk. Yang paling sakit hati apabila dia namakan produk dia Ibu Sambal juga. Sama macam produk saya", dakwa individu itu.

Apa yang lebih memeranjatkan, individu di dalam perbualan itu turut mendakwa dia ada menghubungi sendiri Fynn Jamal namun mendapat jawapan : "Sorry dik, dalam bisnes ni sape cepat dia dapat".


Setelah di selidik di Instagram Fynn Jamal, sememangnya dia ada menjual produk sambal. Di dalam satu gambar di instagram, beliau menulis : "op. sori sori. tak perasan ibusambal dah trademark. sori sori. so xpe. demi menjaga hati semua pihak, saya dengan ini menukar nama produk ini kepada #kepalasambal atau lebih mesra dipanggil #bapaksambal."

Selain itu, menerusi posting terbarunya di Instagram, Fynn Jamal turut membuat beberapa pencerahan mengenai perkara tersebut.

Menurut Fynn, dia telah menukar nama produknya secepat mungkin selepas mengetahui tentang perkara itu dan turut menangkis beberapa dakwaan di dalam keratan mesej terbabit.


Isu ini menjadi perbincangan hangat di media sosial dan juga forum-forum hiburan seperti Forum Cari sehingga beberapa 'tread' dibuka khusus untuk isu tersebut.


Apa-apa pun, diharap agar pihak-pihak yang terlibat dapat menyelesaikan perkara ini secara baik.




0 comments:

Post a Comment