Filled Under:

TERKINI : Pelajar dari Perak di Tahan, terlibat dengan ISIS

:Seorang remaja lelaki warga tempatan yang berusia 19 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan militan di Syria.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, remaja tersebut yang berasal dari Perak ditahan oleh anggota Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia selepas dia kembali dari Syria melalui Turki.

"Bekas pelajar sebuah kolej di Kaherah, Mesir, direkrut untuk menyertai kumpulan pengganas di Syria pada pertengahan 2014 selepas berinteraksi melalui Facebook dengan seorang daripada anggota pengganas dari Syria.

"Pada hujung September 2014, anggota pengganas itu mengatur penyusupan masuk suspek ke Syria melalui Turki," katanya memetik laporan Bernama.

Khalid juga menambah, hasil siasatan mendapati remaja tersebut menyertai satu daripada kumpulan gabungan Al-Qaedah di Syria yang dikenali sebagai Jund Al Aqsa.

"Suspek menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di beberapa kem kumpulan pengganas di Hamar dan Idlib di Syria," katanya.

Khalid juga berkata, suspek didedahkan dengan kemahiran mengendalikan senjati api AK47, Rocket-propelled grenade (RPG), mesin gun, senjata anti kereta kebal dan bom tangan.

"Suspek juga terlibat dalam hampir 100 operasi ketenteraan bersama kumpulan itu," katanya.




0 comments:

Post a Comment