Filled Under:

Berhati hati bila berjalan di Kuala Lumpur...



KUALA LUMPUR, 17 Jan: Orang ramai dinasihatkan agar meneruskan aktiviti harian biarpun timbul dakwaan beberapa lokasi di ibu negara menjadi 'sasaran' kumpulan pengganas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajduin Md Isa memberi jaminan bahawa keselamatan orang ramai dan pelancong di Kuala Lumpur berada dalam keadaan terkawal.

Beliau berkata sedemikian ketika mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang sebelum ini mendedahkan beberapa lokasi 'hotspot' di ibu kota yang menjadi sasaran pengganas.

"Kami tidak pasti dimana Datuk Seri Adnan mendapat maklumat tersebut tetapi sepanjang pengetahun kami, kawalan keselamatan di semua tempat awam dipertingkatkan."




0 comments:

Post a Comment