Filled Under:

Makan Malam di Parlimen Sediakan 'Scissors Salad', KJ Pon Tak Tahan Gelak


Jika sebelum ini mesej #ohmyengrish "Welcome to the President of USA Barack Obama" di papan digital di sebuah lebuhraya menjadi viral di media sosial, kini timbul pula ralat terbaru penggunaan bahasa Inggeris. Kali ini di menu makan malam bersama speaker Dewan Rakyat di Parlimen pada 23 November lalu.

Gambar menu tersebut dikongsi dan menjadi viral di media sosial.



Ralat pada bahasa Inggeris itu turut mendapat perhatian dari Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin atau KJ yang tidak dapat menahan perasaan geli hatinya lalu berkongsi di laman Twitternya dengan berkata : " Tak boleh tahan lagi, Hidop scissors salad!"



 
Selain itu gambar menu itu juga mendapat perhatian dari Pizza Hut Malaysia yang memuat naik Tweet "Kami tak ada "Scissors Salad", tapi kami ada Caesar Salad."


Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming secara berseloroh berkata bahawa hidangan yang berkenaan ciptaan Malaysia tulen.

"Saya tak faham dengan kutukan-kutukan yang timbul, adalah ia mustahil bagi kita untuk keluarkan salad berperisa tajam kita sendiri?"




0 comments:

Post a Comment