Filled Under:

Lagi letupan berani mati oleh ISIS di Kabul


Satu letupan kuat kedengaran berdekatan dengan kedutaan Rusia di Kabul, kata polis menurut laporan Reuters.

RT melaporkan, letupan itu dipercayai berpunca dari pengebom berani mati yang meletupkan diri di jalan Darul Aman di sini.

Saksi memberitahu TOLOnews bahawa letupan itu merupakan satu serangan berani mati. Ramai dikhuatiri cedera akibat kejadian.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Bomba telah dihantar ke tempat kejadian untuk mengawal api. - Siakapkeli.my











0 comments:

Post a Comment