Filled Under:

Peserta Maharajalawak Mega 2016 tidak berkualiti kata ...


Nampaknya antara rancangan yang pasti ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia telah pun tiba, Maharaja Lawak Mega kini telah kembali untuk menghiburkan semua penonton-penontonnya dengan Maharaja Lawak Mega 2016.

Pihak Astro melalui laman Facebook Maharaja Lawak Mega semalam telah memperkenalkan peserta-peserta program tersebut di mana ia akan menggabungkan peserta lawak lama dan baru.

Ada ada nama yang baru pertama kali menyertai MLM 2016 kali ini iaitu peserta solo Kavin Jay dan Reza Mukmin.

Manakala peserta lain kali ini menyaksikan terbentuknya kumpulan-kumpulan baru seperti LOL yang menampilkan penampilan semula  Angah Raja Lawak bersama Tauke Jambu dan Ajak Shiro.

Selain itu, tidak ketinggalan juga kumpulan Joras yang diwakili oleh Shuk SYJ, Rahim R2 dan Joey Jalor.

Berdasarkan komen-komen peminat, apa yang mereka nantikan ialah gabungan 'meletop' Along dan Azrul menerusi kumpulan Cham yang sebelum ini dikatakan sudah berpecah.

Turut menjadi perbualan juga adalah kelibat penyanyi Ezad Lazim yang turut menyertai pertandingan MLM 2016 kali ini di mana beliau bergandingan dengan kumpulan Mamu membentuk kumpulan baru iaitu BOS.

Berikut adalah senarai penuh MLM 2016.
















Nampaknya pertadingan kali ini tidak disertai oleh kumpulan-kumpulan kegemaran ramai seperti, Sepahtu, Jozan, Nabil, dan Zero kecuali Bocey yang sudah sinonim dengan lawak Malaysia. Apapun kita tunggu sehingga MLM 2016 bermula, kerana pasti ada kehangatan baru yang akan menjelma.

15 kumpulan bakal bakal berentap untuk merebut gelaran juara, di mana mereka akan membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000 beserta trofi, naib juara RM250,000, tempat ketiga, RM150,000, keempat RM50,000 dan kelima RM15,000.

Maharaja Lawak Mega 2016 ini akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat, pukul 10 malam bermula 29 Januari di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).




0 comments:

Post a Comment