Filled Under:

TERKINI : Jakim sah kan minuman Fanta tiada unsur Bab*


Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah tampil menafikan gambar viral kononnya bahawa minuman berperisa buah jenama Fanta mengandungi lemak babi.

Jakim melalui laman Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM telah mengeluarkan kenyataan ini di mana menurut mereka minuman berkenaan mendapat pengesah halal daripada bahagian halal Jakim.

Menurut laman Facebook Jakim itu lagi, minuman berjenama Fanta itu memegang sijil halal dan boleh dirujuk di laman sesawang milik mereka di www.halal.gov.my.


Beberapa hari lalu, gambar tersebut telah menjadai viral di laman sosial di Malaysia di mana pos yang dimuatnaik oleh seorang lelaki tempatan berkenaan pada 22 Desember lalu dan telah mendapat 9000 perkongsian.

Hasil carian kami ternyata gambar berkenaan mula tersebar ke negara ini selepas ia mula disebarkan di luar negara.

Di dalam gambar tersebut tertulis “Kepada semua Muslim dari Mufti Rizwi. Kepada semua, jangan minum minuman Fanta yang baharu. Ia mengandungi’carcinogenic’ (E211, E224) lemak babi.

“Tolong jangan padam ini sehingga semua orang Muslim berkongsi maklumat ini,”




0 comments:

Post a Comment