Filled Under:

TERKINI : Hampir 90% Aset negara dijual oleh 1MDB



KUALA LUMPUR, 31 Dis: 1MDB memandatangani Perjanjian Jual Beli Saham dengan menjual 60% ekuiti Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah konsortium bernilai RM7.4 billion, langkah terakhir dalampelan rasionalisasi tersebut.

Pembeli tersebut merupakan sebuah konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd yang merupakan usaha sama 60:40 antara Iskandar Waterfront Holding Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation.

Memetik kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh 1MDB pada hari ini, perjanjian itu menandakan pencapaian terakhir dalam pelan rasionalisasi 1MDB seperti mana yang dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei lalu.

Kenyataan itu turut menyebut, IWH-CREC Consortium menilai penuh 100% tanah Bandar Malaysia yang terletak di Sungai Besi pada harga RM12.35 billion.

"Oleh itu, nilai bersamaan 60 peratus tanah adalah RM7.41 bilion dan 1MDB dan menerima deposit 10 peratus atau RM741 juta selepas pelaksanaan perjanjian.

"Urus niaga transaksi ini dijangka lengkap menjelang hujung Jun tahun depan," katanya.




0 comments:

Post a Comment